Friday, 1 April 2011

Pencemaran Air

Mengapakah air di negara kita(Malaysia) selalu diperkaitkan dengan pencemaran air??


Hal ini dapat dijawab dengan mudah oleh semua warga negara kita. Pembuangan sampah merata-rata, pembuangan tosik ke dalam sungai dan bermacam-macam lagi jawapan yang diberikan.Tetapi kebenarannya mereka ini jugalah yang melakukan perkara yang sedemikian. Apakah mereka tidak tahu akibat pencemaran air??ape2 hal pun korang renung2 la gambar ni...harap2 korang leh la bertaubat...


ingat2 la sket...air ni banyak gunenye...klu x de makanan  x mati, klu x de air mungkin boleh mati...
sedar la sikit air bkan untuk kite je...generasi akan datang pun minum air gak...

Wednesday, 30 March 2011

Air Ku Air Malysia

Krisis air telah melanda sebahagian besar negara terutama di kawasan Lembah Kelang. Adalah didapati bahawa kemarau panjang yang dibawa oleh El Nino bukanlah satu-satunya sebab yang mencetuskan krisis tersebut.

Padah Krisis Air Sejagat
Air bukan sahaja anugerah kehidupan yang paling hebat tetapi juga sumber penting kehidupan. Tarikh 22 Mac ialah Hari Air Sedunia dan tema yang dipilih untuk 2011 ialah Air Bersih Untuk Dunia Yang Sihat.
Ini ialah bahagian pertama daripada dua bahagian yang mengupas tentang pentingnya sumber ini terus dipelihara serta pelbagai isu yang mengancam sumber air, di peringkat global juga dalam negara.
Air amat penting untuk kehidupan manusia, malahan lebih penting daripada makanan. Tubuh manusia dikatakan boleh bertahan berminggu-minggu tanpa makanan tetapi ia tidak boleh bertahan lebih daripada tiga hari tanpa air.
Dalam hal ini juga, air juga menjadi penyumbang besar kepada pembangunan mapan tetapi kesejahteraannya berterusan disanggah dan dianiayai.
Salah urus dan sifat haloba manusia mencetus padah kekurangan air serta pencemaran. Natijahnya, seluruh dunia kini berdepan dengan krisis air.
Pada 1992, syor untuk satu hari antarabangsa bagi mengiktiraf kepentingan air dibuat pada Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED).
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi tindak balas positif dengan mengisytiharkan 22 Mac 1993 sebagai Hari Air Sedunia yang pertama.
Satu tema akan diperakui untuk setiap tahun Hari Air Sedunia diraikan, memberi fokus kepada isu-isu tertentu berkaitan dengan air.
Untuk 2011, fokus teras perayaan ialah kualiti air, justeru tema yang dipilih ‘Air Bersih Untuk Dunia Yang Sihat.’